
www.RahsiaBelaDiri.up.to -- Al-Fatihah... Sedihnya...Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi. Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan. "Saya bergegas ke rumah selepas melihat keadaannya saya segera mendapatkan bantuan hospital dan pemeriksaan paramedik kemudiannya mengesahkan Bob sudah pun meninggal dunia," katanya. Menurutnya, sebelum itu Bob kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu baring serta beberapa kali rebah. Difahamkan Bob sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal kerana sakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair serta mengalami masalah obesiti. Marilah sama-sama kita doakan agar Allah SWT merahmati & mengampuni dosa beliau, dari Allah kita datang & kepada-NYA kita kembali. Salam takziah dari pihak http kepada kaum keluarga Bob, semoga kesabaran atas pemergian Bob dibalas oleh Allah dengan kebaikan dunia & akhirat, amin!
Bob
Kuman
meninggal
dunia
mati
video
tribute
takziah
keluarga
Husni
Mohd
Rawi
akibat
sakit
jantung
darah
tinggi
paru-paru
berair
masalah
obesiti